JAWATAN KUASA INDUK :
logo2
Wednesday, August 20, 2014
Keratan akhbar tentang Program Patrol Denggi SKKGV
Monday, August 18, 2014
Program Gotong Royong Perdana Ayuh Gempur Denggi dan Aedes Patrol Dengue SKKGV 2014
Pada hari Sabtu 16 ogos 2014 Program gotong royong gempur denggi diadakan sebagai salah satu aktiviti patrol denggi.. Ucapan penuh semangat guru besar cemerlang sekolah kluster kecemerlangan SKKGV.. Antara isi ucapan ialah harapan supaya program hr ini akan memberi kesedaran tntg bahaya denggi dan cara menghapuskan tpt pembiakan nyamuk aedes.. Sasaran prog ialah warga sekolah dan masyarakat sekeliling..
Antara tetamu VIP yang hadir |
Ucapan Aluan Guru Besar Cemerlang Sekolah Kluster Kecemerlangan KGV En Mp |
Ucapan daripada Wakil Skuad COMBI Taman Paroi Jaya,
YB Datuk Hjh Dermataksiah bt Abdul Jalil
|
Gimik Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Hj Abu Ubaidah |
Ucapan Perasmian daripada YB Dato' Hj Abu Ubaidah b Dato' Hj Mohd Redza |
Banner pelancaran Program Gotong Royong Perdana Ayuh Gempur Denggi dan Aedes Patrol Dengue SKKGV AKTIVITI GOTONG ROYONG BERMULA............ |
Thursday, August 14, 2014
LAWATAN PATROL DENGGI BERSAMA KOMUNITI
Skuad Patrol Denggi SKKGV bersedia untuk Gempur Denggi sekitar Kawasan Gedong Lalang |
Penerangan kepada penduduk sekitar tentang bahayanya denggi dan cara memeriksa jejentik sekitar kawasan rumah |
Setelah penerangan dibuat, tampalan memo lawatan dilakukan di dinding rumah penduduk. |
Tuesday, August 5, 2014
INFO 5 MINIT CELIK DENGGI (DI PERHIMPUNAN)
Monday, August 4, 2014
PENGENALAN
SK KGV merupakan perkataan singkatan bagi Sekolah kebangsaan King George V. SK KGV merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Ampangan, Seremban, N.Sembilan.
PENGENALAN
DENGUE PATROL merupakan program pencegahan
denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan
sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan
Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya
denggi serta menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi. Oleh hal yang demikian, tertubuhlah
Dengue Patrol Squad bagi sekolah yang terlibat dengan bilangan ahlinya 30 orang
murid. Ahli squad Denggi akan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan Denggi yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Hal ini adalah untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahanya Denggi dan cara-cara untuk
mencegahnya.
OBJEKTIF
· Mendidik
dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan
seruan untuk bertindak bagi
mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi..
· Untuk
menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha
mengubah gaya hidup.
· Mengenali
nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
· Mengawal
dan mencegah demam denggi.
MISI
‘ TIADA AEDES TIADA DENGGI ‘
VISI
Melahirkan generasi yang prihatin
terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.
Friday, August 1, 2014
Facebook Patrol Denggi SKKGV
Group Facebook Patrol Denggi SKKGV telah dilancarkan sebagai satu usaha untuk menyebarkan lebih maklumat tentang denggi dan aktiviti Skuad Patrol Denggi SKKGV.
Objektif pelancaran group Facebook Patrol Denggi SKKGV ini ialah menarik minat murid untuk berkongsi maklumat tentang penyakit bawaan nyamuk aedes. Group ini juga adalah sebagai platform komunikasi antara guru Patrol Denggi SKKGV, skuad Patrol Denggi SKKGV dan murid SKKGV.
Subscribe to:
Posts (Atom)