SK KGV merupakan perkataan singkatan bagi Sekolah kebangsaan King George V. SK KGV merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Ampangan, Seremban, N.Sembilan.
PENGENALAN
DENGUE PATROL merupakan program pencegahan
denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan
sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan
Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya
denggi serta menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi. Oleh hal yang demikian, tertubuhlah
Dengue Patrol Squad bagi sekolah yang terlibat dengan bilangan ahlinya 30 orang
murid. Ahli squad Denggi akan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan Denggi yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Hal ini adalah untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahanya Denggi dan cara-cara untuk
mencegahnya.
OBJEKTIF
· Mendidik
dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan
seruan untuk bertindak bagi
mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi..
· Untuk
menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha
mengubah gaya hidup.
· Mengenali
nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
· Mengawal
dan mencegah demam denggi.
MISI
‘ TIADA AEDES TIADA DENGGI ‘
VISI
Melahirkan generasi yang prihatin
terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.