Monday, August 4, 2014

PENGENALAN



SK KGV merupakan perkataan singkatan bagi Sekolah kebangsaan King George V. SK KGV merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Ampangan, Seremban, N.Sembilan.



PENGENALAN

DENGUE PATROL merupakan  program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya denggi serta menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi. Oleh hal yang demikian, tertubuhlah Dengue Patrol Squad bagi sekolah yang terlibat dengan bilangan ahlinya 30 orang murid. Ahli squad Denggi akan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Denggi yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Hal ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahanya Denggi dan cara-cara untuk mencegahnya.



OBJEKTIF
·  Mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan
         seruan untuk bertindak bagi mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi..
· Untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha
          mengubah gaya hidup.
· Mengenali nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
· Mengawal dan mencegah demam denggi.

MISI

‘ TIADA AEDES TIADA DENGGI ‘

VISI


Melahirkan generasi yang prihatin terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.




No comments:

Post a Comment